Bekas suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin dimaklumkan aktres itu sudah ditidurkan atas beberapa faktor antaranya untuk memperbaiki pernafasan.Belum mempunyai kesempatan untuk melawat, Faliq bagaimanapun berkata dia ada bertemu dengan Nad di rumah dan ketika itu bekas isterinya kelihatan lemah.

“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.

“Awalnya, saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan,” katanya kepada Gempak.

Faliq turut memberitahu dia ada melawat dua orang anak mereka iaitu Fahad Ibrahim (Yem), 6, dan Budi Kalsom (Som), setahun yang kini dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.

Menurut Faliq, Fahad Ibrahim atau Yem seakan-akan memahami situasi memandangkan anak sulungnya itu melihat sendiri ibunya dibawa naik ambulan.“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadan baik.

“Mereka pun tak berapa faham sangat… cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” ujarnya.Terdahulu, pelakon Ungku Ismail memaklumkan aktres Nad Zainal yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat paru-paru berdarah kini dalam keadaan kritikal.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015. Pada awal September lalu, aktres berusia 32 tahun itu mengesahkan mereka sudah bercerai namun enggan berkongsi butiran selanjutnya.

Nad Zainal kini dirawat di ICU akibat jangkitan kuman di paru- paru

Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang tadi Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor.

“Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri.”Kemungkinan dia terpaksa ditidurkan kerana nak pastikan paru-parunya berada dalam keadaan baik.  Alhamdulillah, keadaannya juga dikatakan stabil.

“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini. “Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Shahrulezad,  dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat. “Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.

“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit letih dan stres. Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.

Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dirawat di ICU.