Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Bersedekah RM1 Pada Seorang Pakcik, Kisah Nabil Ahmad Dari Gaji RM600 Jadi RM50,000 Sebulan 😱

PeIawak dan pengacara Nabil Ahmad berkongsi mengenai kehidupannya yang susah sebelum bergelar seorang selebriti. Nabil berkata, melihat keadaan rumahnya dan ibu bapa yang sudah berusia membuatkan dia mula memasang niat untuk pergi ke Tanah Suci, Makkah bagi mengubah kehidupannya.

” Pernah dahulu, bila hari raya bapa saya tutup pintu rumah. Sebab waktu itu hujan, atap boc0r. Tengah makan kuih raya, dalam balang itu berair… saya jadi malΟ….

” Masa itu umur saya dah 22 tahun, tapi rumah boc0r lagi, mak abah dah pencen. Sampai bila nak duduk dengan mak abah. Kawan-kawan ada yang dah kahwin, dah berkereta.

” Saya dah mula tanam niat. Saya cakap ‘Ya Allah aku nak ke Makkah, nak doa kepada Engkau Ya Allah’ setiap kali selepas solat,” kongsinya.

” Dulu gaji saya sebulan RM600, bayar motor, bagi mak RM100, tengah bulan saya ambil balik RM50. Punyalah tak ada duit masa itu. Tiba-tiba gaji dari RM600 tukar jadi RM50,000 sebulan.

” Masa itu, saya terperanjat betul. Satu yang tak pernah saya lupa, saya tak pernah tinggal mak bapa saya. Saya tak pernah berhenti bersedekah.

” Ada kejadian di masjid Taman Tun, masa itu dalam poket betul-betul ada RM2 untuk isi minyak balik rumah. Tapi keluar pam minyak ada pak cik tahan saya minta sedekah.

” 12 tahun lepas, waktu asar saya solat di sebuah masid dekat Taman Tun, saya cuma ada berbekalkan 2 ringgit je dalam poket.

” Jadi 2 ringgit ni memang saya dah bajet untuk isi minyak daripada Damansara nak ke Puchong.

” Lepas saya solat Asar tu, nak keluar dari masjid, ada seorang pakcik ni dia tahan saya..dia tanya ada duit lebih ke, boleh ke bagi sikit ke?

” Masa tu saya macam tak ada fikir apa-apa, saya memang tahu ada 2 ringgit, tapi saya terus bagi dia seringgit.

” Takde persoalan macam alamak tinggal 2 ringgit ni, tak ada..saya memang terus bagi pakcik tu seringgit dan akhirnya petang tu saya balik ke Puchong.

” Saya beri dia RM1 dan tinggal RM1 untuk isi minyak. Tiga bulan lepas itu, hidup saya berubah. Saya percaya pada doa, niat, dan sedekah.

” Sebulan lepas tu kot saya masuk Maharaja Lawak, daripada situlah apa yang anda tengok ini..daripada seringgit, dia boleh bertukar menjadi beribu-ribu ringgit..” kongsi Nabil.

Setiap hari hanya ada RM5 dalam poket

Dalam pada itu, memetik perkongsian Nabil menerusi YoutΟ…be Zayan: Kisah Inspirasi Nabil Ahmad, Nabil berkongsi kisah bagaimana beliau dahulunya seorang yang alpa.

” Sampai kita jadi takut, ya Allah aku tak baik mana pun, dosa aku banyak. Aku mengaji pun tak pandai, sembahyang pun tinggaI, puasa pun tak cukup..

” Tapi kenapa sampai macam ni sekali Kau hidangkan dekat aku atas dunia ni..

” Saya dah berada dalam industri hiburan ini lebih 10 tahun.

” Benda yang paling susah yang pernah saya lalui adalah dari segi kewangan..macam mana boleh survive hari-hari dengan cuma ada RM5 dalam poket daripada pagi nak survive sampai esok.

” Setiap hari memang ada 5 ringgit jer. Buat la macam mana pun, kerja la keras macam mana pun memang ada banyak tu jer.

” Pernah makan hutang? Pernah? Saya pernah..makan berhutang, minum air separuh-separuh dengan member. Pernah bayar roti canai separuh-separuh dengan member tak nak tanya? Saya pernah…” luah anak jati Mambau, Seremban ini.

Lama memasang niat untuk menunaikan umrah, Nabil bagaimanapun menggunakan wang simpanannya dengan menghantar ibu bapanya dan mentua ke Tanah Suci dahulu.

” Saya memang dah pasang niat untuk buat umrah tapi tak kesampaian. Sampailah satu hari, lama sangat pasang niat, lepas kahwin ada duit memang nak pergi dah.

” Tapi ada satu malam, saya terfikir tak boleh pergi dulu sebab mak bapa saya dan mentua tak pergi lagi. Jadi saya dahulukan mereka. Saya minta mereka doakan supaya Allah jemput saya pula.

” Alhamdulillah, saya dapat jemputan daripada sahabat yang beri umrah 10 malam akhir Ramadan. Masa itu saya tak tahu nak cakap apa, Alhamdulillah dapat pergi,” ujar Nabil.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini