“Dkwa cnderung kelakuan s0ngs4ng, k0mun1s…” – Ini tndkn DS Anwar Ibrahim terhdap Pesruhjaya PAS Perak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengemukakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berhubung ucapan mengaitkannya dengan dakwaan membawa agenda l3sbian, g4y, bis3ksual dan transgender (LG8T) di negara ini dan menyokong agenda k0munis.
Anwar yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi melalui firma guaman Tetuan SN Nair & Partners di Mhkamah Tinggi Taiping dengan menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol itu membayar ganti rugi am, teruk dan teladan serta injunksi menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan ftnah serupa.
Dalam pernyataan tuntutannya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Razman memberikan satu ucapan kempen pilihan raya pada program ‘walkabout’ pasar malam Tebuk Pancur yang disiarkan secara langsung melalui akaun Facebooknya ‘Haji Razman Zakaria’ yang mendapat tontonan melebihi 94,400 kali, melebihi 5,100 reaksi, 429 perkongsian dan melebihi 2600 komen.
Beliau berkata, Razman kemudian menerbitkan atau menyebabkan siaran video secara langsung Facebook dan kandungannya diterbitkan semula di artikel Malaysiakini bertajuk ‘Razman dakwa Anwar bawa agenda LG8T, bimbang kerjasama PH-BN’ bertarikh 6 November lalu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Katanya, penerbitan itu adalah satu ftnah terhadap dirinya yang antaranya membawa maksud beliau adalah seorang yang cenderung kelakuan s0ngsang, menggalakkan perkahwinan sejenis dan mengamalkan serta menyokong ideologi k0munis.
“Penerbitan yang diterbitkan semula itu adalah ftnah, tidak benar dan berniat j4hat, sengaja dilakukan tanpa apa-apa terhadap kebenarannya dan memprejudiskan dan memudaratkan reputasi saya dengan teruk sekali.
“Dkwaan dalam penerbitan itu adalah tidak benar, melampau, j4hat dan palsu sepenuhnya. Saya sentiasa mengecam semua dakwaan agenda LG8T dan memperjuangkan agenda reformasi yang lebih besar untuk tadbir urus negara.
“Penerbitan itu adalah tidak berasas dan mengandungi dakwaan yang tidak betul menggambarkan saya sebagai membawa agenda LG8T. Saya tidak pernah menyokong perkahwinan sejenis,” katanya.
Anwar berkata, penerbitan ftnah oleh Razman itu dibuat tanpa mendapatkan pengesahan mengenai kebenaran perkara itu daripadanya terlebih dahulu.
Katanya, tindakan Razman jelas didorong oleh motif buruk berniat j4hat yang bertujuan untuk mendapatkan publisiti murahan demi kepentingan peribadi dan politik.
Sumber : bharian
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri