Perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila menitipkan pesanan buat pelakon Hafidz Roshdi yang kini berdepan pertuduhan mencederakan isterinya.

Menerusi satu entri di Insta Story, Sharnaaz berharap Hafidz akan segera sembuh serta kembali perbetulkan kesilapan dilakukan.


BACA: Bapa Hafidz Roshdi Harap Kemelut Rumah Tangga Anak Selesai Cara Baik

“Sahabat, dunia ni kadang-kadang pelik.. Allah tengah uji awak dan keluarga, stay strong buat awak dan isteri.

“Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana yang longgar dan silap.You can get through this brother!!.” tulisnya.


Dalam pada itu, Sharnaaz turut meminta para pengikutnya supaya berhenti ‘mencurah minyak pada api’ dan berharap Hafidz cepat sembuh serta isterinya, Shuhada mencari kebahagiaan walau bukan bersama suaminya.

Semalam, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, pada 2 Mac lalu.