Fyna Jebat Dah Berbaik Dengan Madu, Boleh Makan Semeja Bila Bertemu
Memetik Oh Bulan, Fyna meluahkan rasa syukur hubungannya dengan madu sudah jernih serta memohon orang ramai mendoakan kebahagiaannya dengan suami.Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.
“Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami,” katanya.
Dalam pada itu, Fyna berkata dia masalah untuk duduk semeja dengan madunya namun buat masa ini ianya terhalang kerana sibuk dengan tuntutan kerja.Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya terkekang dengan jadual kerja yang padat. Tetapi di pihak dia, saya tidak berani untuk beri sebarang komen,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Fyna didakwa terlibat dengan pergaduhan dengan madunya itu di sebuah restoran di Shah Alam. Bagaimanapun, kedua-duanya menarik semula laporan yang dibuat.