*“Bila Masing-Masing Nak Tunjuk Hebat.. Inilah Makannya” – Fizz Fairuz
Difahamkan, Fasha mengalami kecederaan di bahagian mata dan kepala selepas terhentak pada bucu katil yang tajam selepas ditolak pelakon Azhan Rani ketika menjayakan sebuah babak.
BACA: Terhentak Bucu Katil, Fasha Sandha Patah Tulang Sebelah Mata Kiri
Perkara itu mendapat perhatian ramai termasuk pelakon Datuk Fizz Fairuz yang menitipkan nasihat buat para pelakon supaya berhati-hati ketika menjalani penggambaran.
Dalam pada itu, Fizz turut meluahkan rasa simpati buat penggiat seni kerana tiada sebarang kwsp, socso serta perkeso serta terpaksa menanggung sendiri jika berdepan risiko semasa bekerja.
“Allah, acting tak yah la beria sangat, lakonan ada asasnya. Itu la dia, bila masing-masing nak tunjuk hebat..inilah makannya.
“Tapi malang tak berbau, inilah nasib anak seni. Kwsp, sokso,perkeso tiada. Seniman tak gerak pun dari dulu, yang merana artis kena tanggung sendiri. Kalau mampu, tak mampu mereput dalam rumah. Faham-faham jelah,” tulisnya.
Terdahulu, pembantu Fasha Sandha meminta jasa baik peminat mendoakan kesihatan aktres itu serta memaklumkan Fasha tidak menyalahkan sesiapa kerana apa yang berlaku di luar jangkaan.