Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Penat dikata perosak rumah tangga. “Saya undur diri.. Biar Syamsul kembali pada isteri dan anak-anaknya” – Baru Sahaja Kahwin, Tak sangka Ira Kazar Ambil keputusan ini..

Penat dikata perosak rumah tangga. “Saya undur diri.. Biar Syamsul kembali pada isteri dan anak-anaknya” – Baru Sahaja Kahwin, Tak sangka Ira Kazar Ambil keputusan ini..


KUALA LUMPUR: “Mahu melepaskan hubungan itu dan biarlah dia kembali kepada isteri, anak-anak dan keluarga,”

Itu antara pengakuan yang pernah dibuat oleh Ira Kazar kepada kenalannya, penerbit, Datuk Ayu Puteh mengenai status hubungannya dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof sebelum ini.

Menurut Ayu, sebagai kenalan, dia mengakui, tahu mengenai hubungan cinta antara Ira dan Syamsul ketika isu tersebut menjadi bahan gosip ramai selain pernah menasihatkan wanita berusia 25 tahun itu untuk tidak meneruskannya.



“Secara peribadi, memang saya mengenali Ira, sejak dia berusia 19 tahun lagi. Dia berkawan dengan anak-anak saya malah dulu sering datang ke rumah dan beraktiviti bersama-sama. Bila kontroversi membabitkanya dan Syamsul timbul, saya juga ada menasihatkan dia sebelum ini.

“Katanya, dia pun tak pernah terfikir nak ganggu rumah tangga orang. Tapi sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah bincang untuk tak teruskan hubungan dan anggap tak ada jodoh.

“Ira ada minta agar Syam­sul pulang ke rumah dan fokus kepada anak-anak dan isteri. Tetapi Syamsul pada waktu itu, tak komen apa-apa,”katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam.

Selain itu, jelas Ayu, Ira baginya merupakan seorang yang baik namun dalam isu berkawan dengan suami orang ketika itu, dia tidak dapat mengulas lanjut.