“Saya cuba menyatukan dua keluarga sebelum..Walaupun masing2 sudah semakin…” Baru je Elisya sandha tldak tinggal sekali dgn mertua, Akhirnya Kakak dedah ini
“Apa perasaan bila Sheila Rusly jadi ibu mentua kepada adik Fasha?” demikian soalan yang diajukan oleh salah seorang peminat kepada pelakon Fasha Sandha menerusi sesi Q&A di laman sosial Instagram baru-baru ini.
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, kata Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, apa sahaja kebahagian yang dikecapi oleh adiknya Elisya Sandha adalah juga kebahagian buat dirinya.
“Apa yang sahaja yang membahagiakan adik saya, ianya juga akan membahagiakan diri saya juga. “Saya adalah orang pertama yang Elisya beritahu untuk berkahwin dan saya yang cuba untuk menyatukan dua keluarga sebelum ini,” kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz berkata hadiah yang paling bernilai buat adik beradiknya adalah doa.
“Pada saya, hadiah yang tidak ternilai untuk adik beradik adalah doa. Doa yang baik-baik untuk kami semua. Walaupun masing-masing sudah dan semakin sibuk,” tambahnya.
Sekadar info, adik Fasha, Elisya Sandha dan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.
Sebelum ini, Sheila mendedahkan pernah berkongsi tips kepada menantunya mengenai cara-cara untuk memenangi hati suami agar sentiasa setia kepada yang satu.
Trdahulu, Pengarah, penerbit dan ikon masakan, Sheila Rusly mendedahkan pernah beri tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.
Antara tiga tips yang dikongsikan oleh selebriti ini adalah kepentingan menjaga hati suami, jaga perut (memasak) dan menjaga hubungan intim antara suami dan isteri.
Mengulas lebih lanjut, Sheila yang juga merupakan pelakon berkaliber berkata pasangan suami isteri pada zaman sekarang hanya mengutamakan hubungan intim mereka. “Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang.
Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia, dan ketiga baru jaga ‘anv’ (hubungan intim suami isteri). Zaman sekarang ‘anv’ dulu, salah! Bila anv dah tak sedap, engko nak cari orang lain. Huh.