Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Saya sudah bayar saman.. Dia mahu ambil lagi rumah Arwah mak..saya..” Sudah lama tidak bekerja… Sudah lama pendam.. Ali dedah pula sikap sebenar Hidayah..

“Saya sudah bayar saman.. Dia mahu ambil lagi rumah Arwah mak..saya..” Sudah lama tidak bekerja… Sudah lama pendam.. Ali dedah pula sikap sebenar Hidayah..



“Saya sudah bayar saman.. Dia mahu ambil lagi rumah Arwah mak..saya..” Sudah lama tidak bekerja… Sudah lama pendam.. Ali dedah pula sikap sebenar Hidayah..
ALI PUTEH PELIK KERJAYA TERJEJAS: “SUDAH LEBIH KURANG ENAM BULAN SAYA TIADA ‘JOB’… SAYA KESAL SEBAB SAYA BUKAN PENJENAYAH”
“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” ujar pelawak Ali Puteh yang meluahkan rasa kesal apabila dia sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni sejak isu dia dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah.Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dalam masa sama tidak menafikan mempunyai kekangan untuk membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu secara pukal, dek kerana tiada ‘job’.

Namun begitu, Ali berkata, dia menggunakan segala platform miliknya bagi menjelaskan bayaran sebesar itu.”Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.”Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu,” katanya.

Tambah Ali lagi, proses pembayaran itu akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG), dua tahun lalu.Sementara itu, berkenaan mengenai rumah Abam yang diminta Hidayah, Ali memberitahu, dia tidak boleh menyerahkan kepada Hidayah kerana rumah itu adalah rumah pusaka arwah ibunya.

Justeru itu, jelas Ali, pihaknya akan membayar saman untuk mengelakkan rumah itu dari disita.”Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.

“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya,” tuturnya.