“Sebelum Sarah nak Undur diri… Syamsul dah berjanji… Dia akan..” Baru sahaja sebutan semula kes cerai.. Ini pula pendedahan ibu Syamsul…
kepada pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail berkongsi luahan hatinya di media sosial tentang nasib yang menimpa menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Patimah dalam hantaran terbabit memohon maaf atas tindakan anaknya yang tidak mengotakan janji untuk menjaga Puteri Sarah.
Malah, Patimah bersedia menerima ‘hukuman’ atas tindakan anaknya memungkiri janji.
“Maafkan ku kerna berjanji, anakku akan menjagamu. Ketika diri mu mohon undur diri, hukumlah aku kerana anakku mungkir janji,” coretnya di Instagram Stories.
Terdahulu, Patimah mengulang siar hantaran di Instagram seorang pengguna media sosial ketika perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.
“Perkahwinan yang sempurna mendapat restu ibu bapa,” tulisnya.
Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah meniadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.
Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian kerana sudah tidak mahu memberi harapan terhadap rumah tangganya.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Terdahulu,
Pelakon , Puteri Sarah memberitahu dia agak terkejut apabila suaminya, Syamsul Yusof enggan ‘melepaskannya’ hari ini.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Mesra Tegur Media, Puteri Sarah Reda & Happy
Berdamai belah sana mungkinlah
Ketika ditemu bual bersama OhBulan!, Sarah berkata dia tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘sinar’ yang diperkatakan oleh suaminya itu. Ujar Sarah, dia tidak mahu bersama Syamsul lagi.
Tak nak sebab benda itu sepatutnya buat sebelum ini. Kalau betul nak berdamai dan nak ada sinar, sampai sekarang tiada penjelasan lagi. Tiada permohonan maaf yang dia dah berkahwin di Siam.
Tiada penjelasan yang diberikan terhadap saya, keluarga saya dan mak bapa dia. Tiada langsung. Berdamai apa? Berdamai belah sana mungkinlah kot.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak. Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.