Keadaan wajah anak membimbangkn, Ibu mertua Sarah dedah sesuatu terjadi pada Anak lelaki Sarah
Keadaan wajah anak membimbangkn, Ibu mertua Sarah dedah sesuatu terjadi pada Anak lelaki Sarah
Perkongsian ibu mentua kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana pagi tadi sedikit mengejutkan apabila memuat naik keadaan wajah cucunya, Shaikul Islam, 6 yang seakan mengalami kecederaan.
Tak tahu apa punca. Menerusi hantaran di Insta Story itu, Datin Patimah Ismail tidak menyertakan sebarang kapsyen telah berkongsi wajah Shaikul yang bertampal plaster serta luka dibahagian hidung.
Walau bagaimanapun, dia telah menyertakan background music lagu You Are Not Alone nyanyian Michael Jackson. Belum ada sebarang perkongsian dari Puteri Sarah
Menjengah ke Instagram Puteri Sarah, tiada sebarang update terbaru berkenaan anaknya ataupun menyatakan punca kecederaan tersebut terjadi.
Gambar yang dikongsi ibu kepada pengarah tersohor itu juga tidak menyatakan sebarang butiran sama ada gambar tersebut adalah baru ataupun lama. Untuk rekod, Shaikul Islam merupakan anak sulung pasangan Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof. Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sumayyah.
Ketika ini, anak-anak dijaga oleh Puteri Sarah memandangkan dia dan Syamsul sudah tidak duduk sebumbung selepas kemelut rumah tangga yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Semoga Shaikul segera sembuh dan pelakon tersebut dapat berkongsi punca kecederaan yang dialami anak sulungnya itu. Terdahulu, sulung pelakon Puteri Sarah, Syaikhul Islam, 5, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya akibat demam panas sebelum disahkan dijangkiti Acute Tonsillitis atau gejala akut tonsilitis, semalam.
Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, anak keduanya Summayah, 3, juga berkemungkinan terkena jangkitan sama kerana menunjukkan gejala sama iaitu demam, selesema, sukar bernafas dan sakit tekak.
“Pada mulanya Syaikhul demam. Pagi semalam saya tengok keadaannya makin teruk. Saya tak sedap hati, Itu yang ajak mak dan terus bawa Syaikhul ke hospital. Selepas buat pemeriksaan tekak dia dah bernanah. Saya memang tidak tahu kenapa dan nak cari punca pun susah. Doktor cakap ada banyak kemungkinan. Itu yang terus Syaikhul ditahan.
“Ingatkan nak jaga sendiri tapi melihatkan keadaannya yang susah nak makan dan minum, saya tak boleh tahan. Ditambah pula bibirnya kering dan berdarah. Saya menjadi sedih. Sekarang ini yang adik pula ada gejala sama, cuma tidak teruk,” katanya kepada Harian Metro.
Disebabkan terpaksa menguruskan dua anak, Puteri Sarah berkata, dia lewat lima jam ke lokasi penggambaran.