Innalillilahiwainnalillahirojiun Salam takziah al fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman ..pelakon yg aku minat ,lepas ni tak dapat tgk arwah berlakon lagi 😢
Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.Memetik Astro Awani, berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri.
Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” katanya Sementara itu, menerusi mStar Online, anak saudara Allahyarham iaitu pelakon Iman Zulkarnain memaklumkan Ridzuan tiba-tiba rebah ketika sedang bersarapan.
Iman turut memaklumkan Ridzuwan menghidap masalah jantung dan angin ahmar. Difahamkan, pelakon itu dikatakan sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan akibat masalah kesihatannya.
Menurutnya lagi, setakat ini belum dapat dipastikan punca kematian daripada pihak hospital dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor