Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tiada kesudahan lagi ni " Puteri Sarah Pula Fail Nusyuz Terhadap Syamsul"

Selepas suaminya memfailkan nusyuz, pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan tuntutan nusyuz terhadap pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Memetik Astro Awani, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata tuntutan tersebut difailkan pada sebelah pagi sebelum prosiding bermula hari ini.

Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama pihak kita juga (Puteri Sarah) turut memfailkan tuntutan balas iaitu nusyuz terhadap Syamsul,” katanya.

Menurut Akberdin, tuntutan nusyuz yang difailkan anak guamnya terhadap Syamsul antaranya adalah sikap tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terbabit dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Pada prosiding hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing.