Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, Khabar Pilu dari Pelakon Terkenal Zizan Razak telah Meninggal Dunia Hari Ini Si...(Baca Artikel Penuh)

Innalilahi, Khabar Pilu dari Pelakon Terkenal Zizan Razak telah Meninggal Dunia Hari Ini Si...(Baca Artikel Penuh)



Zizan mendoakan agar roh neneknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

NENEK kepada pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak iaitu Zainoon Abdullah meninggal dunia kira-kira pukul 11.57 pagi, Ahad di Dungun, Terengganu.


Berita sedih itu dikongsikan Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36 di laman Instagram miliknya.



ARTIKEL BERKAITAN: Nenek jatuh sakit, Zizan Razak bergegas pulang ke kampung - “Mohon doakan nenek saya kembali sihat”


"Al-Fatihah buat Zainoon binti Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pukul 11.57 pagi tadi.


"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya," katanya.




Zizan sempat menziarahi neneknya sehari sebelum meninggal dunia.


Pelakon filem Abang Long Fadil itu juga memberitahu dia sempat menziarahi neneknya di sebuah hospital pada Ahad sebelum pulang ke Kuala Lumpur.


Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada netizen yang juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Menerusi laporan mStar pada 9 September lalu, Zizan memberitahu keadaan neneknya semakin uzur dan sedang didiagnos kerana disyaki hidap kanser.


Menurut Zizan, dia enggan memikirkan mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana keutamaannya kini adalah keluarga.




Foto kenangan Zizan bersama arwah neneknya.


Zizan berkata sebagai anak, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang kurang baik.


“Nenek sedang didiagnos kerana disyaki hidap kanser, jadi apabila sebut kanser agak berat untuk kita sebab ianya bukan sakit biasa... sekarang dia sedang tunggu doktor mengesahkan tentang kesihatan dia.