Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Saya pun terkejut.. Rakaman trsebar slepas serah pada Pihak brkuasa…” Selain Isteri TS musa hassan minta ceral, Dedah sesuatu terjadi

“Saya pun terkejut.. Rakaman trsebar slepas serah pada Pihak brkuasa…” Selain Isteri TS musa hassan minta ceral, Dedah sesuatu terjadi

Isteri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengecam tindakan individu yang menularkan rakaman video memaparkan pergaduhan mereka baru-baru ini.

Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, berkata, pergaduhan itu berlaku berikutan tidak bersetuju dengan permintaan Musa yang mahu sebahagian harta walaupun aset terbabit dibelinya sebelum berkahwin. Menurutnya, video tular itu dirakam bagi melindungi dirinya selain digunakan sebagai bukti di mahkamah jika perlu.

“Bukan saya sebar, saya pun terkejut. Apa yang pasti, rakaman itu saya hanya serahkan kepada polis semasa siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Saya sama sekali tidak berniat menjadikan rakaman itu tular apatah lagi menjatuhkan reputasi mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini hari ini. Elly Afizahwati menyatakan perasaan kesal apabila video tular itu turut mendedahkan wajah anak yang baru berusia lapan tahun.

Mengulas berkenaan perkongsian suaminya berkenan ciri-ciri isteri derhaka, ibu kepada seorang anak itu berkata, Musa sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik terlebih dulu. “Dia sebagai lelaki sepatutnya menunjukkan sifat dan tauladan baik kepada anak dan isteri…dia kena betulkan diri dia dulu.

“Sebelum ini saya ambil pendirian berdiam diri dan tidak membuat komen balas terhadap insiden berkenaan dan kenyataan media Tan Sri (Musa) kerana ada rundingan penyelesaian antara peguam syarie,” katanya. ELLY Afizahwati bertemu media selepas hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Terdahulu, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan kanak-kanak dalam rakaman itu.

Susulan itu, Musa dalam satu ciapan di Twitter meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya susulan penularan video berkenaan. Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan Musa dan isterinya selepas rakaman video pertelingkahan itu tular.

Susulan itu Musa dilapor berkata, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baru sebaliknya berlarutan hampir tiga tahun malah sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung. Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak.