“Tk boleh tldur.. ArwhAbam dtg dalam mimpi..” Baru je Ali puteh cakap nak selesai rm60k hidayah sebelum raya, tvlar kembali mimpi abang
“Tk boleh tldur.. ArwhAbam dtg dalam mimpi..” Baru je Ali puteh cakap nak selesai rm60k hidayah sebelum raya, tvlar kembali mimpi abang
Mendedahkan kepada umum bahawa pusara arwah abangnya Abam Bocey sehingga kini masih tidak putus menerima kunjungan, pelawak penuh sensasi Ali Puteh akui ikatan kasih dan sayang terhadap Allahyarham tetap utuh sehingga kini.
Menurutnya, semalam telah genap sembilan bulan abangnya pergi mengadap Illahi. Biarpun penuh cabaran yang dilaluinya termasuklah hinaan dan kecaman, namun beliau menyatakan segalanya hanya mereka sekeluarga sahaja yang tahu akan hakikat sebenar.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ali menerusi sebuah posting di laman Instagramnya. “Hari ini 10 haribulan, genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. Biar apa orang kata orang hina pekakkan telinga kerana apa pun terjadi kita tetap adik beradik.
Mereka tidak tahu apa-apa perihal kita. Hanya kita sekeluarga yang tahu. Maafkan sahaja mereka-mereka semua yang hina kita.” Dalam pada itu, Ali juga tidak ketinggalan memaklumkan bahawa beliau didatangi arwah abangnya dalam mimpi pada Isnin lalu.
“Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami. Senyum je kau, semoga tenang disana ya bang.”
Malah, beliau juga turut menitip doa agar arwah sentiasa tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
“Mak sihat Alhamdulillah dan semua sihat. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ya dekat sana.”
Untuk rekod, Pelawak Ali Puteh berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu iniAllahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali sebelum Aidilfitri ini. Ali terpaksa akur apabila permohonan untuk membayar secara ansuran telah ditolak oleh Hidayah.
Dari awal saya mohon untuk bayar secara ansuran, tetapi ditolak. Jadi, saya akan usahakan untuk bayar serentak dengan penuh seperti yang diminta. Insya-Allah, sebelum Aidilfitri ini saya akan selesaikan.
Apa nak buat, saya tak boleh nak menidakkan sebab ini kerja Tuhan. Tak mengapa, saya bincang dengan isteri, kami akan usahakan apa yang termampu biarpun terpaksa bergadai.
Saya pun sudah hubungi peguam saya semalam (Ahad), dan rasanya hari ini (Isnin) surat pun sudah dihantar. Insya-Allah, sebelum Aidilfitri selesai. Ali berkata demikian ketika ditemui di rakaman program Melodi Raya 2023 di Luxury Garden Hall, Cyberjaya, pada Isnin.
Dalam pada itu, kata Ali, 34, dia akan berusaha melunaskan tuntutan hutang itu bagi mengelakkan rumah pusaka arwah ibunya disita. Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan rumah kenangan itu.
Sebenarnya, ada perselisihan faham mengenai rumah berkenaan. Ia adalah rumah pusaka arwah ibu, tetapi banyak pula peguam bersuara.