“Selepas pulang bersama.. Ambil keputusan..” Shvk SAH brcerai dgn Sera, Akhirnya Shvk buat pengakuan ini,
SELEPAS lebih setahun status rumah tangga menjadi tanda tanya, pelawak dan pengacara Shuk Sahar akhirnya mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya iaitu Rossa Sera. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
Menurut Shuk, keputusan untuk berpisah itu dibuat atas persetujuan bersama selepas mereka pulang mengeriakan ibadah umrah awal tahun ini. “Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya ketika dihubungi Star pada Jumaat. Meskipun tada lagi ikatan, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah mash baik demi dua orang cahaya mata mereka.
Malah, Shuk menjadikan perceraian itu sebagai pengajaran buat dirinya untuk meniadi seorang lelaki yang lebih baik di masa akan datang. “Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.
“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri. “Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang, ujar.
Berkongsi keadaan dirinya kini, Shuk berkata dia reda dan tenang berdepan ujian ini dan mahu memberikan tumpuan kepada perniagaan produk kecantikan di aplikasi TkTok.