Empat beradik ‘Pergi’ bersama, Ibu terkenang permintaan anak dihari raya buat ramai sebak
Empat beradik ‘Pergi’ bersama, Ibu terkenang permintaan anak dihari raya buat ramai sebak
Menangis sedih sangat baru lepas bersama pengkebumian jenazah 4 adik beradik kecil meningggal dunia lemas akibat rumah terbakar. Sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan di Muar Johor.
Adik kecil Puteri Aisyah 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4tahun, Fatihah Aisyah 3tahun. Kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ibunya asal Kuala Kubu bharu. Sampai je nampak saya tadi menangis katanya hari-hari anaknya Aisyah nak jumpa ustaz. Keluarganya susah. Di rumah tiada perabot tv pun tiada. Tiada barang elektrik. Ibunya keluar 5 minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah tuhanku sedihnya dengar.
Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar sikit-sikit. 4 beradik dijumpai dibilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas. Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini. Terima kasih Majlis agama Islam Johor dan Hospital Muar menguruskan keluarga ini. Allah membalasnya semuanya.
Kerajaan tanggung kos pengebumian 4 beradik, bantu keluarga. Kerajaan Johor menanggung kos pengurusan jenazah dan pengebumian empat beradik yang meninggal dunia dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini, malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, semua keperluan ibu bapa kanak-kanak terbabit juga ditanggung, termasuk tempat tinggal berikutan rumah sewa mereka hangus terbakar.
Katanya, sebuah inap desa sudah disediakan buat suami isteri itu, Thein Ko Htut, 30, dan Nabila Sedu, 31, sebagai penginapan sementara.
“Saya dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin Nisa Ismail hadir sebagai wakil kerajaan negeri menzahirkan ucapkan takziah kepada keluarga empat anak syurga ini.
“Kerajaan Johor dan semua rakyat mendoakan keluarga banyak bersabar dalam menghadapi ujian besar ketika Ramadan ini. “Hari ini saya sampaikan bantuan tunai Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebanyak RM3,000, Pejabat Daerah Muar RM2,000 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300,” katanya.
Beliau juga berkata, keperluan harian pasangan itu akan diselia JKM, manakala MAINJ akan menyediakan rumah sewa baharu yang mungkin berhampiran Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, tempat empat beradik dikebumikan.
Mohd Fared mengalu-alukan sumbangan masyarakat terhadap suami isteri itu dan berharap ia disalur kepada Pejabat Daerah atau Ketua Kampung untuk diselaras, agar tidak mengganggu keluarga. Malam tadi, empat beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun maut selepas terperangkap dalam rumah yang terbakar di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor pada 7.49 malam.